Friday 19 July 2013

Welcome to KRAIPARK!!!

KRAI PARK AND TRAINING CENTRE atau nama asalnya, Taman Permata Rimba telah dibuka pada tahun 2005 yang bertempat di kampung Enggong, Kuala Krai, Kelantan. Terletak 10 KM dari Bandar Kuala Krai. Merupakan sebuah kawasan yang dikelilingi oleh hutan dan kawasan pertanian. Kawasan ini telah  dinaiktaraf menjadi sebuah pusat industri perikanan dan perlancongan. Terdapat 17 buah kolam untuk aktiviti pembenihan ikan air tawar dan ikan hiasan. Berkonsepkan eco perlancongan dan  menawarkan pelbagai pakej untuk rekreasi, team building, motivasi serta latihan dan kursus perikanan.  Menjanjikan kepuasan, ketenangan dan keharmonian kepada setiap pengunjung. Taman Permata Rimba juga merupakan tempat terbaik untuk para pengunjung bagi merasai kehidupan luar bandar yang sebenar.  Menyajikan pelbagai keseronokkan berasaskan alam semulajadi yang dikelilingi oleh sungai, air terjun (lata) perkampungan tradisional, kesenian dan warisan asli masyarakat melayu seperti Dikir Barat, Silat, Wayang Kulit dan pelbagai lagi pesembahan kebudayaan. Pengunjung juga berpeluang untuk menjalankan aktiviti sampingan seperti memancing, menyadat tuak, dan lain-lain lagi.Taman Permata Rimba juga menyediakan pakej perkhemahan di kawasan yang menarik di sekitar kawasan seperti  sungai, dan air terjun.